salam

Sunday, April 25, 2010

Resipi seri muka kak azmie

KUIH SERI MUKA

Bahan-bahannya

1. 1 1/2 gelas beras pulut

2. 2 gelas santan (dari RM1 santan segar), 1 gelas untuk pulut dan 1 gelas lagi untuk sekaya pandan

3. 10 helai daun pandan (yang besar2) dimesin menjadi 1 gelas air daun pandan

4. 1 gelas gula (atau kurangkan jika nak kurangkan manis)

5. 1 gelas tepung gandum

6. 2 biji telur

7. Sedikit garam

Cara-cara membuatnya

1. Masak atau kukus beras pulut dengan 1 gelas santan + 1 gelas air (tambah sedikit cecair jika perlu) yang dibubuh sedikit garam, di dalam bekas atau loyang sehingga masak dalam microwave oven (lebih kurang 15-17 minit) atau kukusan (agak2lah lama mana!).

2. Blend 1 gelas santan + 1 gelas air pandan + 2 biji telur + sedikit garam + 1 gelas gula (atau kurang) + 1 gelas tepung gandum dengan menggunakan mesin blender.

3. Setelah pulut masak, ditekan-tekan sehingga menjadi agak padat (boleh guna peralatan seperti potato masher yang dibalut dengan beg plastik atau seumpamanya) .

4. Letakkan sekaya pandan (bancuhan no. 2 di atas) di atas pulut (bancuhan no. 3 di atas) dan masak atau kukus di dalam microwave oven selama lebih kurang 35 minit (guna power medium) atau menggunakan kukusan (agak2lah lama mana!)

5. Bila dah masak, biarkan ia sejuk dulu sebelum dipotong.

6. Hidanglah untuk seisi keluarga atau sahabat taulan serta jangan lupa beri jiran sebelah rumah sebagai penambat hati kerana mereka adalah mad’u/target mad’u yang terhampir pada kita.

SELAMAT MENCUBA

Disediakan oleh:

Hajah Azmi binti Aminuddin

18 April 2010

No comments:

Post a Comment